Johan Maharaja Lawak Mega Abon (pelawak)

Kumpulan Osbon (Mohd Yusof Abdul Hamid, 50 tahun, dan Sharizan Ahmad , 51 tahun ) memikat orang ramai dan juri dan berkesudahan menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam ,Selangor . Maharaja Lawak Mega disiarkan secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) dari Royal Theater Selangor. Siaran ini berlangsung dari 30 Oktober 2011 hingga 30 Disember 2011. Mereka dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. Pesaing sengit mereka , Boboi gandingan (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi . Ketiga ialah kumpulan Saehu daripada Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi. Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Juri tetap ialah Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan), penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan bekas pemain bola sepak negara Zainal Abidin Hassan. AC Mizal menjadi pengacara tetap.[1][2]